Percutian pada kali ini kita pergi ke 99 Wonderland Park di Selayang Selangor. Kawasannya di belakang pasar borong Selayang. Tempat unik dengan pelbagai tarikan yang cantik dibuka bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahmalam pada hari Isnin hingga Khamis dan jam 10 hingga 1 pagi (Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Pada waktu malam, taman ini diterangi dengan cahaya lampu yang indah dari segi dekorasinya. Lokasi sangan sesuai untuk mereka yang kaki bergambar dan yang nak merakamkan kenangan bersama keluarga tersayang.
- 99 Dinosour Park
- 99 Panda Street
- 99 Wild Island
- 99 Zoo Lights
- 99 LED Eiffel Tower dan banyak lagi
Ada juga aktiviti yang best macam Petting Session, 99 Train, 99 Cruise, 99 Paddle Boat, 99 Carousel Madagascar dan Lampu LED pada waktu malam dekat tempat ini. Tiket bermula RM 40.00 untuk dewasa & kanak-kanak bermula RM 20.00. Masuk percuma bagi kanak-kanak bawah 90 cm.
Bila sebut wonderland pasti kita akan terbayang sesuatu yang menakjubkan. Untuk pengetahuan taman rekreasi ini mempunyai tarikan utama yang sangat menarik pada waktu siang dan malam.
Tak dapat pergi ke Paris pun tiada masalah. Tapi pergilah ke 99 Wonderland untuk menikmati suasana ala Paris dengan pemandangan Eiffel Tower. Masa selepas kahwin dulu pun tak sempat nak berhoneymoon maka bolehlah berkunjung ke sini.
No comments:
Post a Comment